Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

159) GST

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri bagi mengurangkan beban rakyat yang berurusan dengan kerajaan negeri?

    Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada dasarnya menjalankan fungsi-fungsi pengawalan dan penguatkuasaan. Merujuk kepada Seksyen 64(1)(b) Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 menyatakan Akta ini tidak terpakai berhubung dengan apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh mana-mana PBT dan Badan Berkanun dengan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaannya. Oleh demikian, perkhidmatan dan aktiviti entiti-entiti kerajaan tersebut adalah di luar skop GST dan tidak dikenakan GST.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri prihatin dan peduli mengenai kegawatan ekonomi hari ini yang menekan kehidupan seharian golongan berpendapatan rendah. Justeru itu, Kerajaan Negeri telah menghapuskan beberapa cukai melibatkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana iaitu cukai taksiran bagi rumah kos rendah, rumah kampung serta fi lesen penjaja kecil dan pasar malam.

    Selain itu, beberapa taklimat dan program berkaitan GST telah dilaksanakan bagi memberi penerangan dan pendedahan kepada pengguna, peniaga, Pihak Berkuasa Tempatan dan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Senarai program dan taklimat yang telah diadakan adalah seperti berikut:

    Bil. Tarikh Perkara Tempat
    1. 1 Julai

    2014

    Program Taklimat Cukai GST Peringkat Negeri Selangor Auditorium Bangunan Annex, SUK Selangor
    2. 8 Julai

    2014

    Taklimat GST untuk PBT & Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Auditorium Bangunan Annex,

    SUK Selangor

    3. 25 Sept

    2014

    Program Pendaftaran GST untuk PBT & Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Foyer, Bangunan SUK Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.