Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

238) GUDANG EXHIBIT JAIS

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah skop utama Gudang Exhibit JAIS di dalam memperkasakan Halal Negeri Selangor?

    Gudang exhibit adalah bertujuan bagi menyimpan barangan sitaan hasil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011).

    Gudang Ekshibit ini juga adalah bagi memenuhi prosedur dan peruntukan undang- undang yang telah ditetapkan dan digariskan di dalam Arahan Kerja dan SOP Penyimpanan Ekshibit untuk tindakan pembuktian dan pendakwaan di makhamah.

    Pengendalian barangan ekshibit ini adalah tertakluk di bawah Aturan 28 Kaedah

    14 & 15 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980, Seksyen 406A-408 Kanun Prosedur Jenayah dan Pekeliling Pendaftar No. (A) 1/1983.

    Gudang Ekshibit Bahagian Pengurusan Halal, JAIS merupakan salah satu lambang integriti pihak berkuasa berwibawa iaitu MAIS dan JAIS dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan halal di Negeri Selangor dan seterusnya memartabatkan industri halal di Malaysia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.