Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

6) HAB / INDUSTRI HALAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Hab atau Industri Halal boleh menjadi tarikan untuk menggalakkan pelabur Timur Tengah dan Eropah datang melabur. Di manakah taman perindustrian Selangor yang beroperasi untuk dijadikan Hab Halal dan apakah status perkembangannya?

    Taman perindustrian Selangor yang beroperasi untuk dijadikan Hub Halal dan apakah
    status perkembangannya adalah seperti berikut;-
    1) Selangor Halal Hub, Pulau Indah (SHHPI) yang berkeluasan lebih kurang 1,000 ekar
    beroperasi di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pulau Indah, Pelabuhan Klang
    terletak bersebelahan dengan Pelabuhan Barat yang dihubungi oleh 120 negara
    melalui rangkaian sistem syarikat perkapalan ke 500 pelabuhan di dunia.
    2) SHHPI di majukan oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) yang merupakan
    anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan juga ahli Kumpulan Darul
    Ehsan Berhad.
    3) SHHPI telah menerima pengiktirafan Halal Industry Development Corporation (HDC)
    sebagai HDC Designated Halal Park pada 15 Ogos 2008.
    4) SHHPI di majukan dalam 3 fasa; 218 ekar di SHHPI Fasa 1 daripada 220 ekar telah
    pun di jual kepada 10 pelabur dengan nilai jualan berjumlah RM133 juta.
    5) Kilang-kilang yang telah beroperasi di SHHPI Fasa 1 ialah Premium Agro Products
    Sdn. Bhd. dan Oleon Sdn. Bhd. (Syarikat daripada Belgium). Manakala PML Dairies
    Sdn. Bhd. (anak syarikat Fraser & Neave Holdings Berhad) dengan nilai pelaburan
    RM 350 juta sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada tahun 2011.
    6) CSSB telah memulakan kerja-kerja infrastruktur bagi Bahagian A SHHPI Fasa 2
    (107 ekar) pada bulan Disember 2008 dan dijangka siap pada Jun 2010. Bahagian B
    SHHPI Fasa 2 (172 ekar) dijangka dimulakan pada Disember 2009 dan dijangka
    siap pada Disember 2010. Sejumlah 6.22 ekar di SHHPI Fasa 2 telah dijual kepada
    5 pelabur.
    7) SHHPI Fasa 3 mempunyai keluasan 281 ekar dan Kebenaran Merancang telah
    diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK). Pelaksanaan kerja-kerja
    infrastruktur bagi SHHPI Fasa 3 ini dijangka bermula pada akhir tahun 2010.

Lampiran

Tiada Lampiran.