Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

85) HABITAT KELIP-KELIP

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam usaha pemuliharaan dan konservasi habitat kelip-kelip di Kampung Kuantan supaya habitat dan ekosistemnya terus terpelihara dan terus menjadi tarikan pelancong.

    Forest Research Institute Malaysia (FRIM) merupakan satu agensi yang bertanggungjawab untuk memantau populasi kelip-kelip setiap bulan dengan menggunakan kaedah fotografi malam yang mesra alam di tujuh lokasi merangkumi 1.6 kilometer sepanjang Sungai Selangor antara Tanjung Labak dan Kampung Sepakat di kawasan yang telah diwartakan seluas lebih 1,000 hektar di sepanjang Sungai Selangor sebagai zon perlindungan kelip-kelip pada 2009.

     

    Berikutan tindakan ini,  di peringkat Majlis Daerah Kuala Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan kelangsungan habitat kelip-kelip sentiasa terpelihara adalah dengan menggalakkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat melalui  daripada pelbagai pihak secara sukarela yang ingin menyumbangkan tenaga dan masa mereka dalam aktiviti seperti penanaman semula pokok serta pembersihan sungai secara berterusan kerana komposisi tumbuhan di Kampung Kuantan  perlu diperkayakan dengan penanaman lebih banyak pokok seperti pokok rumbia, berembang dan nipah untuk memastikan kelestarian populasi kelip-kelip. Ianya merupakan satu inisiatif yang berterusan bagi memastikan habitat dan populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan sentiasa terpelihara dari semasa ke semasa sekaligus memberi kesedaran kepada semua peringkat umur masa kini tentang kebaikan dan keperluan dalam menjaga flora dan fauna untuk kegunaan generasi akan datang sekaligus menjadikan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan sebagai satu produk pelancongan yang terkemuka di seluruh dunia.

     

    Selain itu, melalui agensi yang berkaitan MDKS giat menjalan program kemasayarakatan iaitu melaksanakan Hari Kelip – Kelip Sedunia pada setiap tahun. Program ini dapat memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan kebersihan sungai di mana sungai berfungsi sebagai kawasan habitat semula jadi hidupan akuatik dan juga merupakan habitat kelip – kelip. Oleh yang demikian, dengan usaha-usaha yang dapat diteruskan ini, imej Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan terus terjamin dan berjaya menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Lampiran

Tiada Lampiran.