Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

168) HAD UMUR BELIA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mengikut taraf had umur belia yang diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu belia dikira berumur bawah 30 tahun?

    Kerajaan Negeri meneliti dengan rapat pindaan Rang Undang-Undang Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 688) yang menghadkan umur belia dari 40 ke 30 tahun seperti yang telah diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Hal ini adalah selaras dengan takrifan Dasar Belia Selangor yang mana  umur belia adalah antara 15 hingga 30 tahun. Takrifan ini selari dengan piawaian takrifan belia yang digunakan di peringkat antarabangsa.

     

    Kerajaan Negeri secara dasarnya menyokong keputusan tersebut terutamanya yang melibatkan pertubuhan-pertubuhan belia. Ini juga terpakai bagi had umur pelantikan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri Selangor.

     

    Walau bagaimanapun, bagi program-program pembangunan belia, definisi belia masih ditakrifkan dari umur 15 hingga 40 tahun. Ini kerana sebahagian besar belia Selangor berumur 30 tahun ke atas masih aktif dalam program pembangunan belia, aktiviti sukan dan program ‘outdoor’ dan Selangor tidak akan meminggirkan mereka.

     

    Namun begitu, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dan kekal komited bersama Kementerian Belia dan Sukan dalam setiap usaha pembangunan belia di Selangor secara khasnya dan Malaysia secara amnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.