Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

152) HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pembayaran yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk hadiah anak masuk universiti?

    Program Hadiah Pengajian IPT (Hadiah Anak Masuk Universiti) telah mula dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Julai 2008. Melalui program ini, pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT akan diberi insentif berjumlah RM1,000 berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

     

    • Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
    • Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
      1. Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
      2. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau iii) Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja;
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sahaja;
    • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian; dan
    • Pemohon daripada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah.

     

    Setakat 26 Oktober 2009, sebanyak 11,560 permohonan telah diterima daripada pelajar untuk mendapatkan insentif berjumlah RM1,000 berkenaan. Daripada jumlah tersebut, hanya 8,156 pemohon (70.55%) sahaja yang didapati layak untuk dipertimbangkan bagi menerima insentif tersebut, manakala 3,404 (29.45%) permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat sepertimana yang telah ditetapkan seperti di atas. Semenjak berkuat kuasa pelaksanaan program tersebut, Kerajaan Negeri telah membelanjakan kos berjumlah RM8.15 juta bagi membiayai program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.