Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

22) HADIAH ANAK SELANGOR MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pecahan penerimaan hadiah anak Selangor masuk universiti pada 2009, 2010 dan 2011?

    Negeri Selangor sejak tahun 2008 telah memperkenalkan skim Hadiah Anak Masuk Universiti bagi mengurangkan bebanan golongan yang berpendapatan rendah serta insentif kepada anak- anak yang berjaya memasuki IPT. Sejak skim ini diperkenalkan, peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM27,693,086.00 setakat 30 Jun 2012. Berdasarkan jumlah tersebut, penerimapenerima hadiah ini adalah seramai 28,467 orang. Perincian pecahan penerima mengikut tahun sejak tahun 2008 hingga 2011 adalah seperti berikut:

     

    LAMPIRAN A

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN HPIPT

    1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia
    2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau;
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.
    1. Pemohon tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap / bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.
    2. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai sesi Julai 2008
    3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana muda atau Diploma sahaja*.
    4. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
    5. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.

    Nota:

    *Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Pra-Perkhidmatan/ Kursus Pergurusan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon

Lampiran

Tiada Lampiran.