Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

120) HADIAH MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri menyediakan bajet RM 7.7 juta untuk skim Hadiah Anak Masuk Universiti tahun 2011. Setakat ini berapa orangkah yang telah menerima hadiah skim ini dan kos yang dikeluarkan?

    1. Setakat 28 Februari 2011, sebanyak 25,455 permohonan telah diterima daripada pelajar untuk mendapatkan insentif berjumlah RM1,000 sepertimana yang ditawarkan. Daripada jumlah tersebut, hanya 18,673 permohonan sahaja yang didapati layak untuk dipertimbangkan bagi menerima insentif tersebut, manakala 6,782 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat sepertimana yang telah ditetapkan. Semenjak berkuat  kuasa pelaksanaan program tersebut iaitu dari tahun 2008, Kerajaan Negeri telah membelanjakan kos berjumlah 6 juta bagi membiayai program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.