Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

69) HADIAH MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat untuk mendapat bantuan hadiah masuk universiti tersebut?

    Syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan bagi Program Hadiah Pengajian IPT (Hadiah Anak Masuk Universiti) adalah seperti berikut:

    • Pemohon adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
    • Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 (sesi pengajian 2008/2009) sahaja;
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma sahaja;
    • Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian; dan
    • Pemohon daripada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah.

Lampiran

Tiada Lampiran.