Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

75) HADIAH UNTUK KE IPT

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan telah menetapkan syarat pendapatan tidak melebihi RM1,500. Apakah ianya masih rasional bagi mereka yang berkeluarga besar dan tinggal di Bandar Besar?

    Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia adalah isi rumah di bawah RM750.00 manakala PGK yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah pendapatan isi rumah di bawah RM1500 (pendapatan seisi rumah: 5 orang). Manakala PGK yang digunakan oleh pihak oleh Pusat Zakat Selangor (PZS) adalah mengikut PGK yang ditetapkan oleh MiMBAR Selangor. Perincian seperti jadual di bawah :

    AGENSI PENDAPATAN RUJUKAN
    Kementerian

    Pembangunan

    Wanita,

    Keluarga           &

    Masyarakat

    Pendapatan isi rumah di bawah RM750.00 http://www.kpkwkm.gov.my/nkra/definisi
    MiMBAR

    Selangor

    Pendapatan isi rumah di bawah RM1500.00 http://www.selangorkini.com.my/my/berita/30441
    Pusat          Zakat

    Selangor

    Pendapatan isi rumah di bawah RM1500.00 http://www.selangorkini.com.my/my/berita/30441

    Setakat 15 Februari 2012,seramai 24,777 orang yang telah menerima bantuan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (HPIPT) di Negeri Selangor yang mana penerima bantuan ini adalah mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1500.

    Kesimpulannya, penetapan pendapatan RM1500 yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah masih rasional dan relevan berbanding dengan penetapan pendapatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM750 sahaja dan dibandingkan dengan jumlah permohonan yang meningkat saban tahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.