Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

63) HAIWAN LIAR DI IJOK : MASALAH HAIWAN LIAR SEPERTI ANJING DAN MONYET MASIH TIDAK TERKAWAL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan atau langkah-langkah oleh Jabatan berkenaan untuk mengawal dan mengatasi masalah ini?

    Kawalan anjing liar dijalankan dengan operasi 2x seminggu, iaitu  pada hari rabu  dan sabtu mengikut zon kawasan dan aduan yang diterima dengan cara mengepung dan menjerut. Untuk tahun 2014 pihak Majlis telah menjalankan 45 operasi tangkapan anjing liar dengan jumlah tangkapan sebanyak 330 ekor.

    Manakala kawalan monyet akan dirujuk ke Jabatan Perhilitan untuk tindakan kerana pihak Majlis tidak mempunyai kepakaran dalam kaedah tangkapan monyet.

    Jabatan Perhilitan

    Dalam menangani isu-isu konflik hidupan liar (monyet) di Selangor, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor telah mengambil tindakan seperti berikut:-

    • Pemasangan perangkap
    • Mengadakan operasi (tembak mati) bersama-sama JKKK / Penduduk, RELA dan Pertubuhan Peladang dan lain-lain agensi yang berkaitan.

    Untuk makluman, pada tahun 2014 Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor telah berjaya menangkap sebanyak 242 ekor monyet di Ijok. Manakala, sehingga Februari 2015, pihak jabatan berjaya menangkap sebanyak 28 ekor monyet.

Lampiran

Tiada Lampiran.