Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

79) HAK MILIK INDIVIDU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini mengenai diskaun bumiputera dan penalti bagi projek Lake Edge Puchong?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pentadbiran ini telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak pemaju berkenaan isu ini dan terkini pada 23 Februari 2016. Walau bagaimanapun, pihak pemaju masih gagal mengemukakan beberapa dokumen sokongan sebagai asas bagi membolehkan pentadbiran ini mempertimbangkan permohonan rayuan tersebut. Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini pada 25 Februari 2016 telah mengeluarkan surat kepada pemaju berkenaan keperluan senarai maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh pentadbiran ini bagi membolehkan pentadbiran ini melakukan proses seterusnya. Namun begitu, sehingga kini pemaju belum mengemukakan sebarang maklumat dan dokumen kepada pentadbiran

Lampiran

Tiada Lampiran.