Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

223) HAK MILIK STRATA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pembangunan berstrata yang masih belum menerima hak milik strata selepas serahan kunci?

    Pembangunan berstrata yang masih belum menerima hakmilik strata selepas serahan kunci ialah sebanyak 370 skim yang terdiri daripada kos rendah dan juga lain – lain kategori. Ini melibatkan hampir 500,000 petak atau unit.

    Jumlah ini adalah berdasarkan aduan yang diterima dari pengadu yang terdiri daripada Orang Awam dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Buat masa ini, Unit penguatkuasaan  Strata akan mengambil tindakan setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Tanah Negara melalui pemberitahuan warta yang masih dalam tindakan menguatkuasakan Akta baru, Akta Hakmilik Strata pindaan 2013 yang disiarkan dalam warta bertarikh 7 Februari 2013.

    Akta Hakmilik Strata pindaan 2013 tersebut merangkumi proses kerja penguatkuasaan Strata yang lebih teratur dan komprehensif bagi menjalankan penguatkuasaan secara amnya di Malaysia dan khusus di Negeri Selangor Darul Ehsan.

Lampiran

Tiada Lampiran.