Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

146) HAK MILIK STRATA BAGI PEMILIK RUMAH PANGSA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik strata khususnya bagi pemilik - pemilik rumah pangsa di Negeri Selangor yang rata - rata terdiri daripada golongan berpendapatan rendah ?

    Kerajaan Negeri Selangor komited dalam mengurus tadbir masalah yang melibatkan pemilik – pemilik rumah pangsa yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

    Bahagian hakmilik strata memberi keutamaan dalam Permohonan Pecah Bahagi Bangunan dengan permohonan yang lengkap akan diproses terlebih dahulu supaya proses pengeluaran hakmilik strata dapat dipercepatkan.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Pekeliling  Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 1/2002, memberi Pengurangan Bayaran Semasa Membuat Urusan Pindah milik Bagi Kali Pertama  Ke atas Hakmilik Bangunan Bertingkat (Hakmilik Strata).

    Pekeliling ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, MMKN 2/2002 yang bermesyuarat pada 9 Januari 2002 mengenai langkah – langkah dan tindakan yang perlu diambil sewaktu mengenakan pengurangan sebanyak 50% daripada fi bayaran di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk rumah Kos Rendah dan pengurangan sebanyak 20% bagi lain – lain kategori (bangunan bertingkat).

    Bagi penambahbaikan di masa akan datang, kelulusan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) (Fasal 4) perkara 76 Perlembagaan Persekutuan masih dalam tindakan bagi menggantikan Akta 663 iaitu Pemansuhan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007.

Lampiran

Tiada Lampiran.