Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

13) HAK MILIK TANAH KAWASAN INDUSTRI ZURAH

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini pemindahan hak milik tanah kepada pemilik kilang untuk proses Sijil Pegangan Individu di Kawasan Industri Zurah, Rasa.

    a) Kawasan Industri Zurah terletak di dalam 3 lot tanah milik PKNS, iaitu HS(D) 3778 PT 646 dan HS(D) 3779 PT 647 di dalam Mukim Rasa, dan HS(D) 3780 PT 1956 di dalam Mukim Batang Kali. Permohonan bagi hakmilik individu kepada pemilik kilang tidak dapat dilaksanakan kerana kawasan tersebut terlibat dengan persempadanan semula Mukim Batang Kali dan Mukim Rasa. Oleh yang demikian, tindakan pewartaan sempadan perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor. Setelah selesai urusan pewartaan sempadan dan hakmilik sambungan dikeluarkan, PKNS perlu memohon untuk mengeluarkan hakmilik individu melalui Seksyen 204B Seksyen 76 Kanun Tanah Negara (KTN) untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.