Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

58) HAK MILIK TANAH

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah bahawa di dalam negeri Selangor, terdapat 14,442 hartanah yang telah diberikan taraf hak milik selamanya / tetap di mana pula adanya 14,167 hartanah yang di bawah taraf pajakan? Apakah kriteria dan syarat untuk kedua-dua jenis taraf pemilikan tanah sejak ia nampaknya tidak adil?

    Untuk makluman Y.B., tempoh hakmilik yang ada di Selangor ialah seperti berikut:-
    i) Hakmilik selama-lamanya; dan
    ii) Hakmilik pajakan.
    Kebanyakan tanah hakmilik selama-lamanya dibuat pelupusan sebelum Kanun Tanah
    Negara berkuatkuasa. Sekiranya tanah ini dimajukan (tukar syarat, pecah sempadan
    dan sebagainya), tempoh pemilikan tanah tersebut tidak berubah. Di bawah Kanun
    Tanah Negara 1965, pemberimilikan selama-lamanya di bawah Seksyen 76 hanya
    diberikan atas-sebab-sebab istimewa seperti berikut:-
    (i) jika Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri untuk menyerahkan
    geran buat selama-lamanya dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada pihak
    berkuasa awam atau sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
    bersetuju untuk membuat suatu geran buat sela-lamaUntuk makluman Y.B., tempoh hakmilik yang ada di Selangor ialah seperti berikut:-
    i) Hakmilik selama-lamanya; dan
    ii) Hakmilik pajakan.
    Kebanyakan tanah hakmilik selama-lamanya dibuat pelupusan sebelum Kanun Tanah
    Negara berkuatkuasa. Sekiranya tanah ini dimajukan (tukar syarat, pecah sempadan
    dan sebagainya), tempoh pemilikan tanah tersebut tidak berubah. Di bawah Kanun
    Tanah Negara 1965, pemberimilikan selama-lamanya di bawah Seksyen 76 hanya
    diberikan atas-sebab-sebab istimewa seperti berikut:-
    (i) jika Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri untuk menyerahkan
    geran buat selama-lamanya dibuat kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada pihak
    berkuasa awam atau sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
    bersetuju untuk membuat suatu geran buat sela-lamanya kepada Kerajaan
    Persekutuan ;
    (ii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan
    untuk tujuan awam; atau
    (iii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaankeadaan khas yang memerlukan ia dibuat demikian nya kepada Kerajaan
    Persekutuan ;
    (ii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan
    untuk tujuan awam; atau
    (iii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaankeadaan khas yang memerlukan ia dibuat demikian

Lampiran

Tiada Lampiran.