Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

107) HAK PEKERJA

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana Kerajaan Negeri Selangor telah Berjaya membendung masalah lambakan pendatang haram yang bekerja di Negeri Selangor?

    Tenaga kerja asing di Malaysia merupakan suatu dilema dalam konteks ekonomi dan sosial. Dari satu sisi, pekerja asing diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Manakala dari sisi yang berlainan, pekerja asing dianggap menjadi pencetus masalah sosial tertentu. Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa mempertingkatkan kawalan serta menjalankan aktiviti penguatkuasaan melibatkan operasi dari semasa ke semasa bagi menangani kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) serta warga negara asing yang disyaki melakukan kesalahan dengan mengawalselia peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
    Pihak Jabatan Imigresen Negeri Selangor juga menangani aduan dari orang awam melalui pelbagai sumber bagi mengesan keberadaan warga asing yang berada di Negeri Selangor tanpa dokumen atau pas dan permit yang sah. Mengikut statistik terbaharu pada tahun 2019 iaitu yang dicatatkan untuk bulan Januari dan Februari sebanyak 99 operasi yang telah dijalankan melibatkan sejumlah 2,933 pekerja asing yang telah diperiksa. Jumlah tangkapan setakat ini adalah seramai 1,229 orang yang mana menunjukkan amaun besar tangkapan keseluruhan pada dua bulan pertama tahun 2019 adalah seramai 1,245 orang termasuk tangkapan majikan.
    Manakala statistik keseluruhan pada tahun lepas yang berakhir pada 31 Disember 2018 adalah sebanyak 5,681 tangkapan.Secara amnya, sebanyak 889 operasi telah dijalankan sepanjang tahun lepas dimana sejumlah 16,584 pemeriksaan telah dilakukan. Seramai 5,550 tangkapan pati diperolehi dan 131 majikan telahpun di ambil tindakan samaada kompaun ataupun di dakwa.Daerah Petaling dan Klang mencatatkan bilangan operasi penguatkuasaan terbanyak iaitu sebanyak 404 dan 203 berikutan aduan tertinggi yang diterima bagi kedua-dua
    kawasan ini.selain itu,Pihak Jabatan Imigresen Negeri Selangor juga ada menjalankan penguatkuasaan berbentuk naziran secara berkala keatas warga asing yang telah mempunyai pas yang sah bagi tujuan pemantauan semasa.
    Isu membabitkan PATI bukan hanya tanggungjawab Jabatan Imigresen kerana setiap agensi mahupun PBT mempunyai bidang kuasa tersendiri. Jabatan Imigresen melakukan operasi setiap hari bagi membanteras PATI namun isu itu tidak selesai jika semua pihak berkaitan tidak bekerjasama dan tidak melakukan tindakan susulan sewajarnya .

Lampiran

Tiada Lampiran.