Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

292) HAKISAN DI PANTAI REMIS SUNGAI SEMBILANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah hakisan ini?

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) selaku pihak berkepentingan utama telah menyediakan satu pelan pengurusan pantai yang dinamakan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM) Kuala Selangor – Sabak Bernam yang telah diwartakan pada 11 April 2013 yang lalu. Pelan ICM ini merangkumi Pelan Pengezonan Guna Pantai Bersepadu (ICUZP) yang akan digunakan sebagai panduan bagi sebarang pembangunan di kawasan pantai di kedua-dua daerah. Selain daripada Pelan ICUZP, terdapat juga Pelan Strategi Pesisir Pantai bagi kedua-dua daerah. Di dalam pelan tersebut, terdapat 6 polisi utama yang akan membantu semua pihak berkepentingan dalam menguruskan perairan dan pesisir pantai secara holistik dan bersepadu. Hakisan dan Sedimentasi merupakan salah satu polisi yang terdapat di dalam Pelan ICM bagi kedua-dua daerah di mana terdapat beberapa tindakan yang diberi perhatian dan akan dilaksanakan oleh semua pihak berkepentingan.

     

     

    (MAKLUMAT TAMBAHAN OLEH PIHAK JPS)

     

    • Masalah hakisan di Pantai Remis sedang di dalam perhatian pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor
    • JPS akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa dengan kerjasama daripada LUAS
    • Projek kawalan hakisan akan dilaksanakan sebaik menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui JPS Malaysia. Adakah telah dipohon? Kerajaan Negeri / Persekutuan?

Lampiran

Tiada Lampiran.