Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

154) HAKISAN PANTAI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang disediakan dalam Tahun 2000 oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara ban-ban tepi laut daripada hakisan ombak di kawasan pantai Negeri Selangor mengikut daerah?

    Jumlah keseluruhan peruntukan negeri untuk menyelenggara ban-ban tepi laut daripada hakisan ombak di kawasan pantai Negeri Selangor bagi tahun 2009 adalah sejumlah RM657,000.00. Ia dibahagikan kepada lima daerah iaitu Daerah Klang menerima peruntukan sebanyak RM100,000. Daerah Sepang sebanyak RM100,000.00, Daerah Kuala Langat sebanyak RM157,000.00, Daerah Kuala Selangor RM100,000.00 dan Daerah Sabak Bernam pula menerima peruntukan berjumlah RM200,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.