Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

24) HAKISAN SEPANJANG PANTAI SELAT MELAKA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan untuk setiap pantai di Negeri Selangor yang telah diluluskan untuk mengelakkan hakisan ombak.

    Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Selangor menerima peruntukan bagi mengelakkan hakisan ombak di pantai-pantai Negeri Selangor melalui Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Di dalam  RMK-11 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM24.2 juta untuk pelaksanaan projek kawalan hakisan pantai di Negeri Selangor. Manakala bagi peruntukan persekutuan pula, JPS telah menerima peruntukan sebanyak RM42 juta melalui Peruntukan Fenomena Air Pasang Besar bagi menaiktaraf ban pantai yang terhakis. Senarai projek yang berkaitan adalah seperti berikut:

     

    Peruntukan Pembangunan Negeri (P13) 

    BIL PROJEK/PANTAI

    KOS (RM)

    STATUS
    1 Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Blok 1, Blok 2 Dan Coastal Belt Daerah Sabak Bernam. 7,000,000 Projek siap
    2 Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Kawasan Pertanian Daerah Kuala Selangor. 6,500,000 Projek siap
    3 Kerja-Kerja Menaiktaraf Struktur Dan Ban Pantai Di Batu Laut, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. 3,000,000 Projek siap
    4 Kerja-Kerja Membina Lapis Lindung Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Pantai Morib – Kelanang, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan 5,200,000 Projek siap
    5 Kerja-Kerja Pembaikan Tembok Penahan Ombak Di Pantai Dataran Morib, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan 2,500,000 Projek siap
    JUMLAH 24,200,000.00  

     

    Peruntukan Persekutuan

    BIL PROJEK/PANTAI

    KOS (RM)

    STATUS
    1 Kerja – Kerja Pengawalan Hakisan Pengukuhan Benteng Persisiran Pantai Sungai Apong, Benteng Kepah dan Sg. Lang Daerah Sabak Bernam 6,500,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    2 Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Sg. Hj. Dorani, Daerah Sabak Bernam, Selangor 2,500,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    3 Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Pantai Batu 23, Daerah Sabak Bernam, Selangor 2,500,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    4 Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di kg. Seri Sentosa, Daerah Sabak Bernam, Selangor 3,000,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    5 Projek Kawalan Hakisan Dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Di Kawasan Kg. Lembah Pantai Sg. Kajang Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor 6,000,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    6 Kerja-kerja Projek Kawalan Hakisan Dan memperkukuhkan Benteng Pantai Di Kg. Sungai Janggut dan Kg. Tok Adam, Kuala Selangor 6,000,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    7 Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Hakisan Pantai Bagi Mengatasi Fenomena Air Pasang Besar Di Tok Muda dan Kg. Sg. Serdang, Daerah Klang 6,000,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    8 Kerja-kerja fizikal bagi Kerja-kerja Menaiktaraf Tebing Hakisan Pantai Bagi Mengatasi Fenomena Air Pasang Besar Di Pantai Kelanang, Pantai Cunang, Tg. Sepat, Pulau Carey, Daerah Kuala Langat 9,500,000 Lantikan juruukur oleh JPS Malaysia
    JUMLAH 42,000,000.00  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.