Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

255) HAKISAN TEBING SUNGAI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi hakisan tebing sungai dan ban pecah yang sering berlaku di Sungai Air Tawar hingga Kuala Sungai Lang.

    Pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi ban pecah untuk menangani hakisan tebing di Sungai Air Tawar hingga Sungai Lang adalah seperti berikut:

     

    • Pelan Jangka Pendek – 3 sebut harga telah dikeluarkan bagi membaiki benteng-benteng yang
    • Lang
    • Apong
    • Tebuk Mendeleng

     

    • Pelan Jangka Panjang
    • Kawalan Hakisan dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Blok 1, Blok 2 dan Coastal Belt Daerah Sabak bernam – Fasa 1 – (Kos Siling RMK 11 RM 3.5juta) -Kos sebenar projek RM 14 juta
    • Kos jangka panjang bagi mengatasi ban pecah dan rebak adalah dijangkakan sebanyak RM 7.5juta. Kaedah perlindungan tebing sungai yang dicadangkan adalah menggunakan Rock Revetment

Lampiran

Tiada Lampiran.