Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

36) HAKMILIK STRATA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terangkan prosedur yang lengkap untuk pengeluaran hak milik strata dengan memetik peruntukan undang-undang yang terpakai.

    Prosedur lengkap bagi pengeluaran hak milik strata adalah berdasarkan Akta Hak milik Strata 1985 (Akta 318) dibaca bersama Kanun Tanah Negara 1965. Butiran lengkap mengenai prosedur permohonan tersebut adalah seperti di Lampiran A

     

    BIL

     

    PROSES

     

    UNDANG – UNDANG YANG BERKAITAN

     

    CATATAN

    1 Menerima Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Oleh PTGS Daripada Pemohon. Seksyen 10(1)

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    2 Menghantar satu (1) Salinan Permohonan Kepada Pendaftar Bahawa Wujud Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Bagi Hak milik Tanah Terlibat Dengan Memohon Kepada Pendaftar Untuk Mendaftarkan Endosan Di Dalam Dokumen Hak milik Daftar Berkomputer. Seksyen 10(8)

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    3 Menghantar satu (1) Salinan Kepada JUPEM Untuk Semakan Dan Pengesahan Jumlah Bayaran Ukur Yang Perlu Dikenakan Bagi Permohonan Tersebut. Seksyen 10(8)

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    4 Penyediaan Ulasan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Oleh JUPEM. Seksyen 10(9)

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    5 Pegawai Penempatan Menghalusi Serta Membuat Laporan Untuk Kelulusan Permohonan. Seksyen 10(10)

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    6 Pemohon Diminta Untuk Menjelaskan Bayaran Dan Membekalkan Nama Serta Alamat Perbadanan Pengurusan Untuk Diendos Pada Hak milik Strata Bagi Setiap Petak. Seksyen 15(3)

    Akta Hak milik Strata 1985 dan

    Seksyen 15(3A)

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    7 PTGS Menghantar Dokumen – Dokumen Yang Terlibat Berserta Salinan Resit Bayaran Kepada JUPEM Bagi Penyediaan Pelan Akui Bangunan Strata Dan Pelan – Seksyen 13

    Akta Hak milik Strata 1985

     

     

    LAMPIRAN A PROSES LENGKAP PENGELUARAN HAKMILIK STRATA

     

     

    BIL

     

    PROSES

     

    UNDANG – UNDANG YANG BERKAITAN

     

    CATATAN

      Pelan Petak Hak milik Strata.    
    8 Pelan Akui Bangunan Strata Ditandatangani Oleh Pengarah JUPEM Dan Salinan Pelan Akui Bangunan Strata Berserta Pelan – Pelan Petak Hak milik Strata Diserahkan Kepada PTGS. Seksyen 13

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    9 Pendaftaran Pendaftar. Hak milik Strata Oleh Seksyen 16

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    10 Membuka Buku Daftar Strata. Seksyen 15

    Akta Hak milik Strata 1985

     
    11 Mengeluarkan Surat Arah Pungut Kepada Pemohon Dan Notis 5F . Seksyen 89 hingga Seksyen 91 Kanun Tanah Negara 1965  
    12 Pemohon Mengambil Hak milik Strata Dan Sijil Perbadanan Pengurusan Serta Hak milik Tanah Yang Terlibat Dengan Hak milik Strata Tersebut. Seksyen 89 hingga Seksyen 91 Kanun Tanah Negara 1965  

    .

Lampiran

Tiada Lampiran.