Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

260) HAL EHWAL HINDU DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu penubuhan Lembaga Wakaf Hindu Selangor?

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 5 / 2015 yang diadakan pada 4 Februari 2015 telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 6 / 2015 pada 11 Februari 2015 telah menimbang dan menangguhkan permohonan cadangan penubuhan Selangor Hindu Endoment Board (Lembaga Endowmen Hindu Selangor) dengan tambahan seperti berikut:-

     

    Tambahan

     

    Y.B. Tuan Ganabatirau a/l Veraman akan meneruskan perbincangan dan mendapatkan pandangan lanjut daripada kalangan panel peguam pakar mengenai pandangan perundangan yang dikemukakan oleh Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri dalam tempoh dua (2) bulan. Sehubungan itu, Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri memaklumkan bahawa pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri telah mengemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan kedua berkaitan isu cadangan penubuhan Selangor Hindu Endowment Board (Lembaga Endowmen Hindu Selangor).

    Walau bagaimanapun, pada 22 Februari 2015 Y.B. Tuan Ganabatirau a/l Veraman telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan Selangor Hindu Endowment Board yang telah dihadiri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berbangsa India.

    Pada 29 Mac 2015, satu Persidangan Kuil-kuih Hindu Selangor 2015 telah diadakan bagi membincangkan resolusi format penubuhan Selangor Hindu Endowment Board. Persidangan ini telah berperanan sebagai Jawatankuasa Bertindak bagi mewujudkan resolusi format penubuhan Selangor Hindu Endowment Board. Persidangan ini juga telah dihadiri seramai 500 wakil-wakil persatuan Hindu dan Ahli-ahli Yang Berhormat Berbangsa India.

     

    Pada 29 Mei 2015, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Y.B. Prof Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy telah meminta Penasihat Undang-undang Negeri Selangor untuk meneliti proses penubuhan Selangor Hindu Endowment Board melalui suratnya kepada YAB Menteri Besar bertarikh 29 Mei 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.