Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

54) HAL EHWAL ORANG ASLI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menggalakkan orang Asli terlibat dengan sistem pendidikan?

    1. Untuk Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan aspek pendidikan yang merupakan asas bagi pembangunan modal insan. Bagi memastikan masyarakat orang asli menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri telah menyediakan Tawaran Program Khas Biasiswa Sagong Tasi.

     

    Justeru, pemohon adalah dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Selangorku bagi mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh), Universiti Islam Antarabangsa (Gombak), Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi), Universiti Putra Malaysia (Serdang), Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan

     

    • SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    Bil. Syarat-Syarat Permohonan Keterangan
    1. Kelahiran       i.        Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan

    ii.        Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954;

    iii.        Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

    iv.        Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau

    v.        Pemohon telah bermastautin lebih dari sebelas (11) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

    2. Peringkat Pengajian Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan

    (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)

    3. Penajaan Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN  dari lain-lain penaja
    4. Pencapaian Akademik Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
    5. Tahun Pengajian Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
    • SYARAT AKADEMIK

     

    Bil. Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
    1. Ijazah Sarjana Muda Pertama      i.        Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau

    ii.        Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau

    iii.        Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

    2. Diploma ·         Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau

    ·         Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

     

     

    (c)     KADAR PEMBIAYAAN BIASISWA

    1. Yuran Pengajian adalah mengikut kadar sebenar yuran pengajian dan akan dibayar terus kepada pihak Universiti
    2. Elaun Sara Diri berjumlah RM600.00 sebulan yang akan dikreditkan terus ke akaun pelajar.

     

    (d)     PROSEDUR PERMOHONAN

    1. Permohonan adalah secara manual sahaja. Borang Permohonan boleh dimuat turun di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my;

     

    1. Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga;

     

    1. Hanya pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Biasiswa;

     

    1. Panggilan sesi temuduga dan keputusan permohonan perlu disemak melalui laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my;

     

    1. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh SEBULAN selepas tarikh tutup permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.