Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

132) HAL EHWAL ORANG ASLI

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri turut membantu Tabung Amanah Orang Asli? Jika ya, nyatakan jumlah bantuan kewangan yang telah diberikan serta butir-butirnya.

    Kerajaan Negeri turut membantu menyediakan Tabung Amanah Orang Asli yang di uruskan oleh Seksyen Makro dibawah Unit Perancang Ekonomi Negeri  Selangor (UPEN). Sumber Peruntukan wang amanah tersebut adalah daripada sumbangan anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dan sumbangan individu. Tabung Amanah tersebut bertujuan bagi pengurusan seperti pembayaran elaun Badan Bertindak Orang Asli Selangor (BBTOAS) dan pembangunan seperti kos pengurusan pengukuran persempadanan bagi tujuan pewartaan kampung Orang Asli Negeri Selangor. Selain itu Tabung Amanah juga digunakan bagi bantuan kebajikan dan program pembangunan minda Orang Asli .

Lampiran

Tiada Lampiran.