HAL EHWAL ORANG ASLI
25) HAL EHWAL ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan usaha Kerajaan Negeri terhadap golongan Orang Asli pada tahun 2017.
Kerajaan Negeri amat komited untuk mewartakan rizab orang asli di bawah Akta Orang Asli (Akta 134). Oleh itu, Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor telah mengadakan beberapa siri mesyuarat penyelarasan pewartaan rizab Orang Asli yang melibatkan Pejabat Tanah Daerah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Badan Bertindak Tanah Orang Asli (BBTOAS).
Melalui mesyuarat tersebut telah dipersetujui, pihak JAKOA perlu mengemukakan permohonan untuk mewartakan rizab Orang Asli dengan mengemukakan pelan pra hitung kawasan yang dikenal pasti untuk diwartakan sebagai rizab Orang Asli. Seterusnya, pelan tersebut akan disemak oleh Pejabat Tanah Daerah dan BBTOAS untuk memastikan tiada isu pertindihan cadangan kawasan perizaban dengan tanah hakmilik. Sekiranya tiada isu pertindihan, cadangan kawasan perizaban akan diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setelah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mengeluarkan Pelan Warta (PW), perisytiharan perizaban Orang Asli akan diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor.
