Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

9) HAL EHWAL ORANG ASLI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah di antara 1722 hektar tanah yang telah dijalani pemetaan komuniti telah digazetkan sebagai rizab orang asli?

    Kerajaan Negeri telah mewartakan Tanah Simpanan Kg. Orang Asli Sg. Bumbung Pulau Carey melalui Warta Kerajaan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebanyak keluasan 329.6 ekar. Untuk tahun 2015, lokasi-lokasi kawasan Orang Asli di daerah Sepang telah mempunyai Pelan Akui (PA) seluas 210.239 ekar dan ini adalah dalam proses pewartaan dan tiga kampung ini adalah Kampung Orang Asli Bakok, Kampung Orang Asli Kelinsing, Kampung Orang Asli Sungai Buah.

    Bilangan kampung dan kawasan pemetaan komuniti sudah di siap untuk diperakui oleh Tok Batin dan juga JKKK serta Lembaga Adat Orang Asli adalah sebanyak 6 kampung dengan keluasan 921.11 ekar. Pelan komuniti tanah adat Orang Asli yang telah di siap diperakui oleh Batin dan JKKK Orang Asli di hantar di Pejabat Tanah Daerah bagi tujuan rujukan dan semakan untuk pewartaan. Kerajaan Negeri melalui Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor (BBTOAS) sejak lantikannya pada tahun 2014 telah mensasarkan sejumlah 10 kampung Orang Asli dan juga kawasan Orang Asli untuk tahun 2015 bagi kerja pemetaan komuniti tanah Adat Orang Asli.

    Untuk tahun 2015, beberapa inisiatif baru telah dilaksanakan setakat tiga bulan ini antaranya adalah mengenal pasti projek pembangunan berskala kecil di kawasan Orang Asli, mempromosikan kebudayaan Orang Asli Suku Mameri dalam tahun melawat Selangor 2015. Menyelaras dan juga membantu komuniti Orang Asli Bukit Tadong, Kuala Langat dengan kerjasama agensi pelancongan untuk membangunkan tanah Adat mereka sebagai tapak rekreasi dan juga pelancongan. Keempat, Kerajaan Negeri membantu dua pelumba sukan pemotoran Orang Asli di angkat menjadi ikon belia Negeri Selangor berserta penajaan perlumbaan.

    Kelima, Kerajaan Negeri melalui BBTOAS bagi tahun 2015 memulakan merekod point-point GPS kedudukan setiap lokasi Kampung Orang Asli Negeri Selangor sebagai rujukan Kerajaan. Keenam, Kerajaan Negeri melalui BBTOAS mengadakan perjumpaan Batin-batin dan JKKK di Peringkat Daerah serta wakil Orang Asli setiap bulan mulai tahun ini dan akhirnya mengadakan program penerangan dan pengesahan pelan komuniti tanah Adat di setiap kampung yang telah siap pengukuran kawasan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.