Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

202) HAL-EHWAL PENGGUNA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan negeri di dalam usaha memperkasakan lagi persatuan-persatuan pengguna di negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna sentiasa bekerjasama dan menyokong pelbagai Persatuan Pengguna. Peruntukan akan dipertimbangkan sekiranya program yang dicadangkan adalah bersesuaian. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengadakan perbincangan bersama Persatuan Plastik Malaysia yang mewakili industri berasaskan plastik / polistrin berkaitan cara atau penyelesaian terbaik bagi mengatasi penggunaan plastik yang berleluasa yang akhirnya akan menyebabkan beberapa masalah Perbandaran seperti longgokkan sampah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, pencemaran sungai dan masalah lambakan sisa pepejal. Perbincangan ini mengambil kira kepentingan dari pihak Kerajaan Negeri dan juga persatuan pengusaha plastik dan satu penyelesaian daripada itu akan dibawa ke

Lampiran

Tiada Lampiran.