Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

27) HAL EHWAL SELAIN ISLAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan penerima bantuan peruntukan HESI sejak 2009 sehingga kini dan jumlah peruntukan yang di beri mengikut jenis keagamaan dan DUN masingmasing.

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bantuan untuk rumah ibadat selain Islam mengikut jenis agama utama dan kelulusan diberikan berdasarkan permohonan daripada rumah ibadat tersebut. Ia disalurkan mengikut keperluan dan bukan mengikut DUN. Sebanyak RM32,194,990.00 telah diperuntukan sejak tahun 2009 hingga 2016 bagi kegunaan hal ehwal selain Islam. Sumbangan ini untuk tujuan membaikpulih rumah keagamaan, melaksanakan aktiviti keagamaan dan bantuan khas perayaan selain Islam. Butir-butir bantuan peruntukan hal ehwal selain Islam adalah seperti Jadual berikut:

    Jadual 1 PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI KEPADA RUMAH-RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM  BAGI TAHUN 2009 – 2016

    JENIS

    RUMAH

    IBADAT

          PERUNTUKAN       JUMLAH
    2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016
    KUIL 2,654,500 1,980,000 1,949,000 1,186,500 1,332,500 1,050,000 1,748,400 1,748,400 13,649,300
    TOKONG 1,291,500 814,500 1,147,490 1,239,500 1,445,000 1,498,000 3,678,600 3,678,600 14,793,190
    GEREJA 809,500 202,000 638,000 137,500 369,500 450,000 573,000 573,000 3,752,500
    JUMLAH 4,755,500 2,996,500 3,734,490 2,563,500 3,147,000 2,998,000 6,000,000 6,000,000 32,194,990

Lampiran

Tiada Lampiran.