Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

79) HALA TUJU PEMODENAN PERTANIAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hala tuju kerajaan negeri di dalam memodenkan sektor pertanian, perikanan dan ternakan?

    Pemodenan Pertanian adalah ‘knowledge agriculture’ dan bukan ‘political
    agriculture’. Sektor pertanian perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi
    moden terkini supaya produktiviti produk pertanian yang berkualiti dapat
    dihasilkan. Dalam usaha memodenkan sektor pertanian Kerajaan Negeri akan  menumpukan kepada tiga (3) peringkat, iaitu:-

    i. Golongan petani, penternak dan nelayan berpendapatan di bawah RM
    1,500.00 I bulan;

    ii. Golongan petani, penternak dan nelayan yang telah memulakan usaha
    pertanian. Mereka ini akan dibantu untuk meningkatkan produktiviti agar
    memperolehpendapatanmelebihi RM3,000.00/bulan; dan

    iii. Golongan petani, pentemak dan nelayan yang berjaya. Mereka ini akan
    dibantu supaya dapat memberi peluang peke~aankepada golongan yang
    berpendapatandi bawah RM 1,500.00/bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.