Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

82) HALAL INTERNATIONAL SELANGOR (HIS)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status program Halal International Selangor (his) di dalam dan luar negeri?

    1. Pada masa ini, program – program Halal International Selangor yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut;-

     

    1. Halal Technical Competent Person (HTCP)

     

    • Program Halal International Selangor kini telah dilebarkan kepada penggunaan IR 4.0 bagi usahawan-usahawan yang ingin menceburi industri Halal. Ini adalah program lain yang diperkenalkan selain daripada program latihan Halal Technical Competent Person (HTCP).

     

    • Selain daripada itu juga, program HTCP dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor yang mensasarkan anak-anak Asnaf telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada mereka. Mereka terdiri daripada graduan-graduan Kejuruteraan, Syariah, Sijil Tinggi Agama, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Teknologi Makanan dan Persuratan Melayu.

     

    • Sebanyak 80% daripada anak-anak Asnaf ini berjaya mendapat kerja selepas menjalani program latihan HTCP selama dua bulan manakala baki 20% telah meneruskan pengajian mereka.

     

    • Bagi program-program di luar negara pula, latihan HTCP dalam pemahaman serta teknikal bagi industri halal diberikan kepada pemain industri di Vietnam dan Brunei. Ini adalah langkah pertama bagi menarik minat lebih ramai menceburi bidang halal ini.

     

    Sumber : Halal International Selangor (Aspire Flagship Sdn. Bhd.)

     

    1. Certification Readiness Assessment (CRA)/ Penilaian Kesediaan Pensijilan Halal

     

    • Certification Readiness Assessment (CRA)/ Penilaian Kesediaan Pensijilan Halal merupakan satu sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Aspire Flagship Sdn. Bhd. melalui rundingan bersama SIRIM STS Sdn. Bhd. Sistem penilaian kendiri ini bertujuan untuk menjalankan analisis jurang (gap analysis) bagi membantu pemain industri terutamanya para usahawan yang berminat mendapatkan pensijilan halal.

     

    • Sistem CRA merangkumi tiga sektor utama iaitu Makanan dan Minuman, Kosmetik dan Farmaseutikal. Setiap pengguna perlu menjawab set soalan berkaitan pematuhan halal, keselamatan dan aspek-aspek toyyiban (sebagai contoh, kebersihan dan amalan terbaik dalam industri). Setelah itu, satu laporan lengkap akan dikemukakan serta-merta sebagai satu rujukan atau penanda aras tahap kesediaan syarikat dalam mendapatkan pensijilan halal.

     

    • Sistem Certificate Readiness Assesment (CRA) bukan sahaja mudah diakses malah berpatutan dan berupaya mengelakkan risiko kes-kes membabitkan konsultan halal yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap pengusaha dengan mengenakan caj yang terlalu tinggi dan tidak munasabah.

     

    • Sehingga kini, program-program HIS telah menjangkau lebih daripada 1,000 peserta yang didedahkan kepada latihan Halal Technical Competent Person (HTCP) dan Certificate Readiness Assesment (CRA). Peserta-peserta ini terdiri daripada pemain industri, pelajar-pelajar institusi penggajian tinggi, penguatkuasa serta jurulatih-jurulatih kursus.

     

    • Daripada jumlah ini, sebanyak 50% adalah pemain industri, 35% adalah pelajar-pelajar selebihnya adalah penguatkuasa dan jurulatih kursus. Mereka telah dilatih bagi meningkatkan pemahaman industri halal serta juga menekankan kemahiran teknikal dalam bidang yang berkaitan seperti makanan dan minuman, farmaseutikal, pengauditan dan sebagainya.

     

    Manakala, latihan bagi penguatkuasa Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Halal Ehwal Pengguna dapat membantu pengawai-pegawai melakukan pengguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 bagi perakuan dan penandaan halal.  Kesemua pegawai yang hadir adalah mewakili cawangan-cawangan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.