Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

66) HAMPER RAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan syarikat-syarikat pembekal yang telah dilantik bagi membekalkan hamper raya ke seluruh 56 DUN.

    Program hamper barangan keperluan harian rakyat miskin sempena Aidilfitri 2012 telah diadakan dengan pengagihan sejumlah 56, 000 set barangan keperluan harian ke seluruh Negeri Selangor melalui pejabatpejabat DUN. Barangan tersebut dibekalkan terus ke gudang manakala pejabat-pejabat DUN bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan bagi membawa balik barangan untuk pengagihan.

    Barangan keperluan ini telah dibekalkan oleh pembekal yang memenangi tender yang dipilih oleh Lembaga Perolehan Negeri. Tawaran tender adalah secara tender terhad kerana faktor kesuntukan masa.  Syarikat yang memenangi tender tersebut ialah  Syarikat Jalinan Murni Dagang Sdn Bhd yang beralamat di Subang Indah, Petaling Jaya dengan harga tawaran keseluruhan bernilai RM2,394,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.