Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

114) HAMPER UNTUK PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi angka tentang perbelanjaan yang dibelanjakan untuk perolehan hamper Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali mengikut tahun bermula tahun 2008 hingga 2012 kepada setiap DUN serta nama setiap syarikat pembekal untuk setiap tahun.

    Program hamper barangan keperluan harian rakyat miskin sempena perayaan telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan beban rakyat supaya mereka dalam persediaan menyambut perayaan-perayaan tersebut. Kumpulan sasar dalam pengagihan hamper barangan keperluan harian ini adalah untuk mereka yang kurang berkemampuan.

    Program ini bantuan kepada rakyat miskin telah dimulakan sejak tahun 2008, namun menerusi kaedah yang berlainan bersesuaian dengan keadaan semasa. Program bantuan keperluan rakyat miskin sempena Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali hanya dimulakan sejak tahun 2011.

    Senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dan syarikat pembekal yang terlibat sejak tahun 2008 hingga 2012 adalah seperti di Lampiran.

     

    Lampiran

    Tahun Program Syarikat Jenis Barangan Harga (RM)
    2012 Perayaan Deepavali Baba’s Product Sdn Bhd Serbuk Kari Ikan, Kari Ayam, Serbuk Kurma, Tepung Muruku 1,669,320.00
      (1 DUN = 700 set) Syarikat Faiza Sdn Bhd Beras 5kg  
        Pasaraya Besar Giant Sdn Bhd Bihun 400g  
        Sime Darby Jomalina Sdn Bhd Minyak Masak 2 kg  
    2012 Hari Raya Aidilfitri Syarikat Jalinan Murni Dagang Beras 5kg, Nasi Impit Segera, 2,394,000.00
      (1 DUN = 1000 set) Sdn Bhd Minyak Masak 1 kg, Bihun 400g, Gula 1kg, Kordial 2 liter.  
    2011 Perayaan Deepavali (2000 set) Syarikat Wisebridge Sdn Bhd

    Pasaraya Besar Giant Sdn Bhd

    Pasaraya 99 Sepeed Mart Sdn Bhd

    Beras 10kg, sardin 2 tin, kordial 1 liter, creamer 505g 2 tin, bihun 400g 2 peket, gula 1kg. 311,920.00
    2011 Hari Raya Aidilfitri

    (1 DUN = 300 set hamper

    & 500 set kuih raya)

    NS Padu Sdn Bhd

    Aimi Resources

    Syarikat Wisebridge Sdn Bhd Econsave Cash & Carry sdn Bhd

    Tesco Stores (M) Sdn Bhd

    Pasaraya Besar Giant Sdn Bhd

    Beras 10kg, sardin 2 tin, kordial 1 liter, creamer 505g 2 tin, bihun

    400g 2 peket, gula 1kg dan Kuih Raya

    1,120,386.00
    2010 Program Mesra Bersama Rakyat Syarikat Wisebridge Sdn Bhd Beras 10kg, Minyak Masak 2 kg, Susu Tin 505g 150,000.00
    2009 Pemberian sabun dan face mask MHC Engineering & Trading Tempron Enterprise Face Mask, Sabun dan Baucer Bata 927,200.00
      Back to School Syarikat Bata    
    2008 Pembelian Barangan Rakyat

    Miskin

    Syarikat Wisebridge Sdn Bhd

    Central Sugars Refinery Sdn Bhd

    Beras 10kg, Susu Tin 505g dan

    Gula 1 kg

    489,652.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.