Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

198) HARGA BARANG

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu kempen penurunan harga barang yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan?

    Usaha Kerajaan Negeri dalam membantu kempen penurunan harga barang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah dengan memberi kempen-kempen hak pengguna sekiranya mendapati terdapat peniaga yang meletakkan harga tidak berpatutan. Segala salah laku peniaga boleh dilaporkan secara terus ke KPDNKK melalui laman web e-aduan KPDNKK ataupun talian bebas tol Aduan Pengguna.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.