Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

37) HARGA BARANGAN NAIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu untuk hadapi masalah harga barangan naik?

    Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal kadar kenaikan harga barang-barang disebabkan kenaikan kadar inflasi dan harga minyak. Namun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan program-program pembasmian kemiskinan yang disasarkan kepada golongan miskin dan berpendapatan kurang dari RM1500 seisi rumah untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Kerajaan Negeri telah banyak melaksanakan program-program yang membantu golongan ini seperti Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan, Program Back To School, Program Kerajaan Prihatin, Program Bantuan Kesihatan, Program Subsidi Tambang Bas, Program Teknikal Inpens dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.