Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

262) HARGA JUALAN RUMAH MAMPU MILIK DAN RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Selangor mengisytiharkan pada 29 Mac 2012 bahawa Rumah Mampu Milik (RMM) di Selangor tidak akan dijual melebihi RM100,000.00 tetapi pada 12 Dec 2014 harga ini telah bertukar menjadi antara RM100,000.00 dan RM220,000.00. Apakah sebab perbezaan ini?

    Sebelum Dasar Perumahan Mampu Milik (Dasar Rumah Selangorku) diperkenalkan pada 1 Januari 2014, Kerajaan Negeri telah menetapkan keperluan penyediaan Rumah Mampu Milik seperti berikut:

    Kawasan Jenis Bangunan Harga (RM)
    Dalam kawasan Majlis Perbandaran (Lembah Klang) 20% rumah kos rendah 42,000.00
    20% rumah kos sederhana rendah 72,000.00
    10% rumah kos sederhana 100,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    Dalam kawasan Majlis Daerah 20% rumah kos rendah 35,000.00
    20% rumah kos sederhana rendah 60,000.00
    10% rumah kos sederhana 85,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas
    Luar kawasan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran 20% rumah kos rendah 30,000.00
    10% rumah kos sederhana rendah 50,000.00
    10% rumah kos sederhana 70,000.00
    Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas

    Kerajaan Negeri telah mengambil kira faktor peningkatan kos bahan binaan dan kualiti pembinaan serta faktor keselesaan pembangunan perumahan yang lebih kondusif, mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru sebagai salah satu pilihan kepada pemaju untuk meneruskan penyediaan perumahan yang mampu milik khususnya kawasan-kawasan yang didapati tiada keseimbangan dalam aspek permintaan dan penawaran rumah kos rendah dengan harga jualan yang ditetapkan tidak melebihi RM150,000.00 seunit. Pengenalan dasar ini merupakan dasar interim yang diperkenalkan yang bersifat sementara sehingga satu Kajian Menyeluruh Berkenaan Kemampuan Pembeli di Negeri Selangor siap untuk diperkenalkan.

    Hasil penemuan kajian yang dijalankan dalam tempoh dua (2) tahun ini (2010 – 2012), maka Kerajaan Negeri pada tahun 2014 telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku). Dasar perumahan ini adalah lebih menyeluruh dan lebih fleksibel dengan mengambil kira keperluan penyediaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang harga jualannya telah ditetapkan bermula dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 mengikut jenis dan saiz. Rumah Selangorku ini juga dibangunkan melalui pecahan tiga (3) Zon Utama iaitu Zon 1,  Zon 2 dan Zon 3. Pengenalan kepada pecahan Zon ini dibuat bagi memastikan pengagihan dan pembinaan dapat dijalankan secara seimbang mengikut kesediaan pembangunan sedia ada dengan mengambil kira kemudahan pengangkutan, kemudahan awam dan infrastruktur.

Lampiran

Tiada Lampiran.