Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

174) HARGA KOMODITI MENDADAK JATUH, SUSAHKAN PEKEBUN KECIL

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani penurunan harga kelapa sawit dan kelapa demi memastikan kebajikan pekebun kecil terbela?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menyediakan peruntukan tahunan sebanyak RM1.08 juta untuk membantu meningkatkan hasil kelapa melalui program tanam semula dan pemulihan kebun kelapa yang leibatkan kawasan tanaman kelapa seluas 18,650 hektar dengan jumlah pekebun seramai 9,710 orang. Melalui program ini, pekebun kecil dibantu bagi penyediaan kawasan, bekalan benih kelapa (matag, pandan, Malayan Yellow Dwarf dan Malayan Red Dwarf), baja dan racun makhluk perosak. Selain daripada itu, pekebun kecil kelapa juga digalakkan untuk membuat projek integrasi tanaman kelapa dengan tanaman herba, buah-buahan ataupun ternakan lebah kelulut. Langkah ini dijalankan untuk memastikan pekebun kecil mendapat hasil yang baik bagi menambah pendapatan mereka. Bagi pekebun kelapa sawit, skim bantuan tanaman semula disediakan oleh Lembaga Sawit Malaysia (MPOB).

Lampiran

Tiada Lampiran.