Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

75) HARGA RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membina rumah kos rendah di bawah harga Seratus Ribu Ringgit Malaysia (RM100,000.00) untuk golongan belia bawah umur 35 tahun?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan harga Rumah di bawah RM100,000.00 kepada golongan sasar termasuk golongan belia. Sebagai langkah proaktif Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangorku (Rumah Selangorku 2.0) yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula pada 02 April 2018. Melalui dasar tersebut terdapat Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku) yang dijual di antara RM42,000.00 hingga RM250,000.00 mengikut saiz/ luas bangunan. Berikut merupakan penyediaan komponen Rumah Selangorku 2.0 seperti jadual di bawah.

    • Hanya tertakluk bagi kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
    • Rumah Bandar Selangorku ditetapkan dua (2) pemilik bagi satu lot / blok Rumah Bandar
    • Nota : Rumah Selangorku jenis Rumah Bandar dan Teres diwajibkan dalam Zon 3 [Daerah Kuala Selangor (Mukim Pasangan, Tanjung Karang dan Hulu Tinggi), keseluruhan Daerah Hulu Selangor, keseluruhan Daerah Sabak Bernam]

    Sehingga kini, berdasarkan rekod Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor, pihak LPHS telah menawarkan sebanyak 9,922 unit Rumah Selangorku kepada golongan belia di bawah umur 35 tahun.

    Di samping itu, sehingga kini terdapat sebanyak 30,992 unit Rumah Selangorku yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah harga RM100,000.00 untuk ditawarkan kepada golongan belia.

    Bagi golongan belia / bujang di bawah umur 35 tahun yang ingin memohon Rumah Selangorku, mereka perlulah membuat permohonan / berdaftar di LPHS mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sebelum ditawarkan rumah.

Lampiran

Tiada Lampiran.