Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

149) HARTANAH MILIK MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jumlah keluasan dan nilai terkini tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) serta senarai lengkap projek pembangunan usahasama yang dimeterai sejak 2014 di samping jumlah hasil yang dijangka dan/atau telah diperolehi daripada projek-projek tersebut

    Jumlah keluasan dan nilai terkini tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) adalah seperti yang dilampirkan. Senarai lengkap projek pembangunan usahasama yang dimeterai sejak 2014 di samping jumlah hasil yang dijangka dan/atau telah diperolehi daripada projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

    Tahun Usahasama Anggaran GDV (RM)
    2016 Alam Perdana 550,000,000.00
    2016 Bukit Lagong 159,326,865.00
    2016 Plot C 47,244,000
    2016 U10 149,944,000.00
    2016 Kundang 49,078,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.