Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

69) HASIL BALAK

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini mengenai pembalakan haram yang dikenal pasti di kawasan hutan di Hulu Selangor?

    Pembalakan haram di tidak berlaku dalam hutan simpan sebaliknya telah berlaku di
    Tanah Kerajaan yang masih berhutan telah dikesan pada pada 31 Januari 2010
    (Ahad). Kawasan pembalakan ini merupakan kawasan yang permohonan
    mengeluarkan kayu balak/jaras dalam kawasan Orang Asli Hulu Tamu, Batang Kali
    seluas 44.32 hektar (109.5 ekar) yang tidak diberi kelulusan dari Jabatan Perhutanan
    Negeri Selangor kerana status tanah masih berstatus Tanah Kerajaan dan tidak
    diberikan kelulusan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan pembukaan kawasan
    baru. Pihak kontrator telah ditangkap hasil kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri
    Selangor bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Majlis Mesyuarat
    Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang pada 3 Februari 2010 telah membuat
    keputusan berikut :-
    1. Pegawai Daerah Hulu Selangor menyemak dan mengambil tindakan ke atas
    pencerobohan tanah kerajaan.
    2. Kerajaan Negeri Selangor membuat laporan SPRM ke atas Jabatan Hal
    Ehwal Orang Asli.
    3. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengambil tindakan ke atas kes
    pembalakan haram ini.
    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor membuat tafsiran gantirugi dan membuat
    laporan lengkap ke atas kawasan ini dan kayu-kayu yang terdapat dalam kawasan
    telah ditender.

Lampiran

Tiada Lampiran.