Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

7) HASIL INDUSTRI PASIR

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri telah menetapkan sasaran hasil industri pasir berjumlah RM150 Juta setahun. Berapakah hasil industri pasir setakat pertengahan Tahun 2011?

    1. Sasaran Kerajaan Negeri untuk mencapai RM150 juta setahun adalah hasil dari keseluruhan bahan batuan yang mana pasir adalah salah satu darinya. Bahan-bahan lain adalah seperti tanah merah serta bahan-bahan kuari seperti granit dan batu kapur.
    2. Bagi tahun 2011, sehingga 30hb Jun 2011, KSSB telah membuat bayaran royalti berjumlah RM10.86 juta kepada Pejabat Tanah yang berkenaan. Ianya adalah lebih tinggi dari bayaran royalti untuk sepanjang tahun 2010 iaitu RM10.80 juta.
    3. Dari segi keuntungan sebelum cukai pula, sehingga 31hb Mei 2011, KSSB telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM9.5 juta dari perolehan sebanyak RM37.41 juta untuk tempoh yang sama.
    4. Jika dilihat dari segi nilai pasaran pasir yang dikelolakan oleh KSSB, sehingga 31hb Mei 2011 nilai keseluruhannya berdasarkan harga jualan di tapak adalah sekitar RM 60.34 juta (Lombong GLC KSSB : RM27.02 juta, Lombong Persendirian : RM21.98 juta dan Sungai : RM11.34 juta)

Lampiran

Tiada Lampiran.