Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

95) HASIL KAJI SELIDIK PRESTASI KDEB

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Telah dimaklumkan pada sidang lepas bahawa kerajaan akan melakukan kaji selidik terhadap prestasi KDEB, apakah hasil kaji selidik berkenaan?

    Jawapan bagi Sub Soalan A dan B:

    Kerajaan Negeri telah melantik Syarikat Merdeka Strategic Development Centre Sdn. Bhd. bagi menjalankan kaji selidik ke atas prestasi Syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) dalam Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Kawasan PBT Negeri Selangor pada 23 Januari 2020 dalam tempoh 18 minggu di mana aktiviti kutipan data bermula pada minggu kedua selepas lantikan. Oleh kerana pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sejak 18 Mac 2020, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk  melanjutkan tempoh kontrak sehingga 30 Jun 2020. Sehubungan dengan itu, hasil kaji selidik tersebut akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh masa yang terdekat.

Lampiran

Tiada Lampiran.