Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

176) Hasil Nelayan Berkurangan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kajian, mengapa tangkapan nelayan berkurangan dan apakah tindakan?

    Jabatan Perikanan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (IPP) telah melakukan kajian sumber perikanan diperairan perikanan Malaysia bagi mengetahui tahap stok sumber perikanan di Malaysia. Kajian sumber perikanan ini telah dilakukan pada tahun 1970an, 1980an, 1990an dan 2010an di Pantai Barat Semenanjung, Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Hasil kajian sumber perikanan menunjukkan bahawa sumber perikanan laut pantai dan laut dalam di Pantai Barat Semenanjung Malaysia mengalami kemerosotan dan mencapai tahap optima. Maklumat kajian boleh dirujuk didalam buku ‘Fisheries Resources Survey In Malaysia Waters 2013-2016, Executive Summary’ diterbitkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada tahun 2017. Justeru itu, Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah untuk memastikan sumber perikanan diperairan negara sentiasa lestari sepertimana berikut:

    • Membekukan pengeluaran lesen vesel menangkap ikan bagi Zon A, Zon B, Zon C dan Zon C2 di negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jumlah vesel menangkap ikan sedia ada telah beroperasi pada tahap optimum.

     

    • Memperbanyakkan melabuh tukun tiruan. Objektif tukun tiruan adalah untuk meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di kawasan persisiran pantai dengan cara :

    i. Mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagai satu santuari.
    ii. Menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan lain-lain hidupan marin.
    iii. Memulih dan melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikanan seperti penggunaan peralatan pukat tunda.

    • Dalam proses pelaksanaan exit policy bagi peralatan pukat tunda di Zon B. Exit policy diadakan bertujuan untuk menghentikan penggunan peralatan pukat tunda oleh nelayan di Zon B iaitu di perairan 5 batu nautika -15 batu nautika. Pelaksanaan exit policy adalah secara berperingkat.
    • Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan dilaut dibawah Akta Perikanan 1985. Kerjasama diantara Jabatan Perikanan dan Polis Di Raja Malaysia dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
    • Melarang penggunaan peralatan menangkap ikan yang merosakkan sumber seperti bubu naga, pukat rawa surung dan belat.
    • Melaksanakan program pelepasan umum benih ikan di perairan pantai dan muara.
    • Bekerjasama dengan agensi lain seperti Majlis Daerah dan Jabatan Perhutanan bagi program menanam pokok bakau persisir pantai.
    • Dalam proses pelaksanaan musim tertutup dan kawasan tertutup. Masih diperingkat perbincangan dengan komuniti nelayan mengikut kawasan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.