Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

173) HASIL PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pulangan dari segi royalti, dividen dan bayaran kepada Kerajaan Negeri, agensi- agensinya serta anak-anak syarikat kerajaan yang terkini sehingga pertengahan tahun ini hasil daripada industri perlombongan sumber-sumber semula jadi seperti pasir?

    Royalti yang telah dibayar oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd kepada Pentadbir Tanah Daerah sehingga 09 Jun 2009 adalah sebanyak RM2.8 juta dan keuntungan sebelum cukai yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri setakat 31 Mei 2009 adalah RM6.9 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.