Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

304) HASIL PENYELIDIKAN UNTUK RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penyelidikan-penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat Selangor?

    a dan b)

     

    Kajian-kajian dan penyelidikan yang telah dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat Selangor adalah tahun 2009 ialah sebanyak lima

    (5) kajian, tahun 2010 sebanyak tujuh (7) kajian, tahun 2011 sebanyak dua (2) kajian, tahun 2012 sebanyak empat (4) kajian, tahun 2013  sebanyak tujuh (7) kajian, tahun 2014 sebanyak empat (4) kajian dan  bagi tahun 2015 sebanyak lima (5) kajian sedang dilaksanakan sehingga Julai 2015.

     

    Berikut merupakan kajian-kajian yang telah dilaksanakan dari tahun 2009 sehingga Julai 2015 mengikut pecahan tahun dan juga kos yang terlibat bagi setiap kajian:-

     

     

    TAHUN 2009

     

    1. Kajian Projek Pilihan Raya Kerajaan Tempatan oleh SUARAM Komunikasi yang menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000.00.

     

    1. Kajian Di Atas Tempat Letak Kereta Bagi Perumahan Bertingkat dan Keperluan Membina Tempat Letak Kereta di Negeri Selangor  oleh Unit Penyelidikan dan  Perundingan UNISEL yang  menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000.00.

     

    1. Kajian Peminjam Wang (Ah Long) di Negeri Selangor oleh Unit Penyelidikan dan Perundingan UNISEL yang menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000.00.

     

    1. Kajian Mengenai Hak Menteri Besar Selangor untuk Mendeklasifikasikan Dokumen oleh Firma Chooi & yang menggunakan peruntukan sebanyak RM5,000.00.

     

    1. Kajian Kerosakan Bumbung Bagi Blok-blok Pangsapuri Kos Rendah Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa Hulu Selangor yang menggunakan peruntukan sebanyak RM26,365.50.

     

     

    TAHUN 2010

     

    1. Kajian Impak Sekitaran Perlombongan Emas di Raub oleh Fakulti Sains dan Teknologi, UKM yang menggunakan peruntukan sebanyak RM30,000.00.

     

    1. Kajian Program Pravasi Bhratiya Bhawan, New Delhi yang menggunakan peruntukan sebanyak RM16,487.00.

     

    1. Kajian Impak Sosial Ke Atas Projek Pembinaan LRT Jajaran Kelana Jaya, Putra Height, Seksyen 27, 28 Shah Alam oleh MDS Traffic Planners & Consultants yang menggunakan peruntukan sebanyak RM10,000.00.

     

    1. Kajian Organisasi dan Projek Rintis Pembangunan Strategik Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor oleh Top Foresight Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM426,500.00.

     

    1. Kajian Tinjauan Berkala Sosiopolitik Di Kalangan Rakyat Selangor  oleh Merdeka Center For  Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM71,000.00.

     

    1. Kajian Cadangan Program Pungutan Suara dan Pendapat oleh Merdeka Center For Opinion Research Terhadap Pelaksanaan Projek Sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya (KLJ) yang menggunakan peruntukan sebanyak RM91,379.35.

     

    1. Kajian Pesawah Padi di Negeri Selangor oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM91,077.50.

    .

     

    TAHUN 2011

     

    1. Kajian Keperluan Pembinaan Council Homes di Negeri Selangor oleh IIUM Entrepreneurship and Consultancies Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM50,000.00.

     

    1. Laporan Ekonomi Negeri Selangor Tahun 2010/2011 Oleh Research Management Institute yang menggunakan peruntukan sebanyak RM97,000.00.

     

    TAHUN 2012

     

    1. Program Kajian Pendapat & Tindak balas Penduduk Puchong Terhadap Cadangan Pembinaan Sekolah-sekolah Di Taman Tasik Prima, Puchong Oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM98,000.00.

     

    1. Kajian Saintifik Permatang Kuarza Genting Kelang Sebagai Tapak Warisan Geologi Kebangsaan Dan Tapak Warisan Dunia Oleh Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia yang menggunakan peruntukan sebanyak 000.00.

     

    1. Kajian Penggubalan Undang-undang Berkaitan Dengan Hak Tanah Orang Asli Di Selangor Oleh Taylor’s Consultancy Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM19,376.80.

     

    1. Pelantikan Perunding Untuk Audit Bebas Bagi “Debt Restructuring And Recovery Exercise Of Talam Corporation Oleh KPMG Transaction And Restructuring Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM560.163.18.

     

     

    TAHUN 2013

     

    1. Penyediaan laporan Pencemaran Influent Kolam Udang Harimau Oleh Lembaga Urus Air Selangor yang menggunakan peruntukan sebanyak RM100,000.00.

     

    1. Kajian / Pandangan (Second Opinion) Berhubung Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) Oleh Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM yang menggunakan peruntukan sebanyak RM35,000.00.

     

    1. Kajian Forensik untuk mengenalpasti tahap keselamatan bangunan, tahap integriti tembok JPS dan punca rekahan tanah di kawasan tempat letak kereta serta penyelesaian pembaikan jangka panjang pangsapuri Indah Ria No.4 Taman Impian Jalan Batu 3 Sungai Buloh, Seksyen 22 Oleh Juruperunding Ikram yang menggunakan peruntukan sebanyak RM296,347.53.

     

    1. Kajian Cadangan Pembentukan Dasar Belia Negeri Selangor Oleh UPM yang menggunakan peruntukan sebanyak RM261,414.00.

     

    1. Kajian Mendapan Tanah Oleh UPUM Bhd. Yang menggunakan peruntukan sebanyak RM122,500.00.

     

    1. Kajian Pengurusan Jeti Negeri Selangor Oleh KI Integrated Consultants Sdn. Bhd. yang menggunakan peruntukan sebanyak RM303,686.38.
    2. Kajian Geoteknikal Dan Penilaian Risiko Geologi Rezab Batu Caves, Selayang Untuk Kerajaan Negeri Selangor Oleh Universiti Teknologi Mara yang menggunakan peruntukan sebanyak RM300,000.00.

     

    TAHUN 2014

     

    1. Integrated Solid Waste Management Study Oleh PE Research Sdn. Bhd yang menggunakan peruntukan sebanyak RM209,880.00.

     

    1. Kajian Impak Sosial Terhadap Pemindahan Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club (STC) Sg Besi ke Sg Tinggi, Hulu Selangor oleh UNISEL yang menggunakan peruntukan sebanyak RM65,500.00.

     

    1. Kajiselidik Penilaian Asas (Baseline Study) dan Pengesanan (Tracking Study) Untuk Penambahbaikan Prestasi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor Oleh Merdeka Center For Opinion Research yang menggunakan peruntukan sebanyak RM696,000.00.

     

    1. Laporan Ekonomi Negeri Selangor Tahun 2013/2014 Oleh Research Management Institute yang menggunakan peruntukan sebanyak RM99,815.60.

     

     

    TAHUN 2015

     

    1. Kajian Kadar Kemiskinan Selangor Oleh UNISEL dan UTAR yang menggunakan peruntukan sebanyak RM438,600.00.

     

    1. Kajian Mengenai Pendatang Asing Di Negeri Selangor oleh IKMAS, UKM yang menggunakan peruntukan sebanyak RM349,811.00

     

    1. Cadangan Projek Perintis Kitar Semula (Recycling Pilot Project) Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan oleh PE Research Bhd.  yang menggunakan peruntukan sebanyak RM387,366.00.

     

    1. Kajian Penyelidikan Pemuliharaan Genetik Kelip-kelip di Kuala Selangor oleh FRIM yang menggunakan peruntukan sebanyak RM320,436.00.

     

    1. Kajian dan Aktiviti Konservasi Hidupan Liar Negeri Selangor oleh Jabatan Perhilitan Negeri Selangor yang menggunakan peruntukan sebanyak RM145,380.00.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.