Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

64) HASIL PERLADANGAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam memacu Ekonomi di Negeri Selangor ini hasil Perladangan juga boleh menjadi komoditi yang mendatangkan pendapatan kepada rakyat negeri ini. Bolehkah dibenarkan tanah kepunyaan Perbadanan Pertanian Negeri Selangor (PPNS) yang luas di beberapa daerah di Negeri Selangor disewakan, contohnya empat (4 ) ekar kepada seorang untuk mereka menjalankan usaha bercucuk tanam atau ternakan?

    1.1 Ketika ini, PKPS memiliki tanah hakmilik seluas 9,769 hektar di Negeri Selangor. Daripada jumlah tersebut, seluas 2,900 hektar (30%) telah diusahakan sendiri oleh PKPS dengan pelbagai jenis tanaman iaitu kelapa sawit, getah balak, ubi kayu, nanas dan tebu. Selain daripada itu, seluas 80 hektar lagi sedang diusahakan oleh anak-anak syarikat PKPS dengan projek penternakan ikan air tawar, pembenihan ikan dan pasar borong.

    1.2 Baki keluasan, iaitu 6,789 hektar (70%), merupakan tanah-tanah yang telah dipajakkan kepada pihak luar dan perjanjian pajakan telah dimeterai sebelum tahun 2008.

    1.3 PKPS telah berusaha untuk menamatkan perjanjian dan mengambil balik tanah– tanah ini. Setakat ini, 7 keping tanah (450 ha) telah diambil balik. Bakinya sukar diambil balik kerana perjanjian pajakan tanah tidak menyebelahi PKPS.

    Mulai tahun 2008, dasar PKPS ialah untuk PKPS membangunkan sendiri tanah-tanah yang ada dengan projek-projek pertanian yang bersesuaian. Maka itu, PKPS tidak lagi menyewa atau memajakkan mana-mana tanah yang dimiliki kepada pihak luar seperti yang pernah dilakukan pada tahun-tahun sebelum tahun 2008. Walau bagaimanapun, PKPS ada menjalankan beberapa projek pertanian secara usahasama dalam bidang di mana PKPS tidak mempunyai kepakaran. Objektif utama adalah untuk mendapatkan kepakaran dan pengetahuan melalui program pemindahan teknologi dengan rakan usahasama.

Lampiran

Tiada Lampiran.