Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

190) HASIL TANAMAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Hasil tanaman merosot, nyatakan kaedah atau pelan tindakan untuk meningkatkan hasil tanaman petani seperti kelapa sawit, padi dan kelapa.

    Tanaman kelapa sawit dan kelapa tidak mempunyai kemerosotan hasil yang ketara walaupun terdapat serangan perosak seperti red palm weevil (RPW). Walau bagaimanapun, hasil padi mengalami kemerosotan disebabkan oleh serangan penyakit seperti hawar daun bakteria (BLB) dan hawar bulir bakteria (BPB). Kerajaan Negeri telah menjalankan program kempen penggunaan benih padi sah, program rawatan tanah menggunakan mikrob dan pengapuran, pengurusan perosak bersepadu, amalan pertanian baik, bancian perosak tanaman padi dan aktiviti-aktiviti pengembangan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.