Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

116) HASIL TANGKAPAN NELAYAN DI SUNGAI SELANGOR BERKURANGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tidak ada bantuan dari pihak yang BERTANGGUNGJAWAB untuk memulihkan keadaan dengan melepaskan benih-benih ikan dan udang untuk membantu meningkatkan hasil tangkapan di masa depan?

    Jabatan Perikanan Negeri Selangor sebagai pihak yang bertanggungjawab telah mengambil langkah memulihkan keadaan bagi meningkatkan hasil tangkapan. Program umum bukan sahaja dilaksanakan di Sungai Selangor malah di beberapa sungai dan tasik. Program pelepasan umum dilaksanakan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan stok ikan yang sedia ada. Program pelepasan dilakukan bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun berterusan bagi menampakkan dan meningkatkan hasil. Spesis yang hendak dilepaskan perlulah spesis asli dari sungai tersebut dan bukan spesis asing. Pelepasan spesis asing adalah dilarang kerana boleh mengganggu ekosistem atau habitat asal dan seterusnya menghapuskan spesis asal di sungai tersebut. Untuk rekod pada tahun 2013 sebanyak 210,000 ekor benih ikan dan udang dilepaskan. Antara sungai terlibat ialah Sungai Bernam dan Ban Canal,Tanjung Karang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.