Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

70) HASIL TUAIAN PADI MEROSOT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah hasil tuaian padi yang telah merosot pada musim kedua 2019 di Projek Barat Laut Selangor?

    Hasil tuaian Musim Utama 2019 telah meningkat sebanyak 6.3 peratus kepada 4.8 metrik tan sehektar berbanding 4.5 metrik tan sehektar pada Musim Utama 2018. Sebelum ini hasil padi merosot di Luar Musim 2018 disebabkan penyakit bacterial panicle blight (BPB)/ hawar daun bakteria yang menyerang kawasan sawah sejak tahun 2016. Walau bagaimanapun, Kerajaaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan kembali hasil padi Negeri Selangor seperti mana yang pernah dicapai pada tahun 2015-2016 dengan purata 6.4 metrik tan sehektar.

Lampiran

Tiada Lampiran.