Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

92) HIGH SPEED BROADBAND DI JENJAROM DAN SUNGAI JAROM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ketiadaan 'High Speed Broadband' di Jenjarom dan Sungai Jarom di mana pengguna perlu membayar kos internet jalur lebar yang tinggi per Mbps perlu diatasi secepat mungkin. Apakah rancangan Kerajaan untuk melengkapkan kawasan ini dengan internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB)?

    Kerajaan Negeri sudah maklum tentang perkara ini dan telah mengambil beberapa langkah untuk menstrukturkan semula pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Selangor untuk menangani jurang ini. Oleh yang demikian, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 16/2017 pada 9hb Ogos 2017 telah bersetuju agar MBI selaku pemerbadanan milik Kerajaan Negeri menubuhkan anak syarikat SMARTSEL Sdn Bhd khusus untuk pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Selangor. SMARTSEL diberi tanggungjawab untuk membangun dan mempertingkatkan Infrastruktur Digital Selangor demi mendokong Inisiatif Smart Selangor.

    Pada ketika ini, SMARTSEL, dengan kerjasama rakan telekomunikasi tempatan dan antarabangsa, sudah mula membangunkan rangkaian digital teras (Core Network) khusus untuk Selangor termasuk memasang rangkaian teras ini di luar bandar mengikut fasa. Pelaksanaan ini akan mempercepatkan perluasan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh Selangor dalam beberapa tahun terdekat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.